Hari Ikhtifal bagi pelajar sessi 2015 telah diadakan pada 21 November 2015 di perkarangan Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah dan telah dirasmikan oleh En. Syamri Bin Abdul Razak merangkap Penyelaras Pasti Kawasan Besut.
Seramai 61 orang pelajar telah menerima sijil tamat Pra-sekolah yang disampaikan oleh Penyelaras Pasti Kawasan Besut. Pada majlis ini 4 orang pelajar telah dipilih untuk menerima anugerah khas iaitu
1. Anugerah Kebersihan Terbaik
2. Anugerah Simpanan Terbanyak
3. Anugerah Akhlak
4. Anugerah Pelajar Cemerlang
Muhammad Zikri Bin Md Razi telah dipilih sebagai pelajar cemerlang bagi sessi pengajian 2015 atas kecemerlangan dan sumbangan beliau kepada Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah. Muhammad Zikri Bin Md Razi merupakan Johan Tahfiz Peringkat Pasti Kawasan Besut dan akan mewakili Pasti Kawasan Besut ke pertandingan Tahfiz Peringkat Negeri Terengganu.
Sementara itu En. Syamri Bin Abdul Razak menyebut dalam ucapan beliau, Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah adalah antara Pasti cemerlang dalam Kawasan Besut yang mana sebelum ini telah menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Pasti Cemerlang, Anugerah Guru Cemerlanag dan lain-lain lagi. Pemain bola sepak wakil Pasti Kawasan Besut ramai terdiri dari pelajar Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk kawah, katanya.
Menurutnya lagi pada tahun ini Pengurus Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah Ust. Abdullah Bin Mat Dam telah dipilih Pengurus Pasti Terbaik Peringkat Pasti Kawasan Besut.
Pelajar Cemerlang Sessi 2015
0 ulasan:
Catat Ulasan