Perasmian Hari Ikhtifal 2015

Perasmian Hari Ikhtifal 2015 telah disempurnakan oleh Cikgu Syamri Bin Abdul Razak Pengerusi Pasti Kawasan Besut

Ucapan Wakil Ibubapa Hari Ikhtifal 2015

Ucapan Disampaikan Oleh Ust. Nik Roslan

Pelajar Cemerlang 2015

Muhammad Zikri Bin Md Razi

Penyampaian Sijil Dan Cederamata

Disempurnakan Oleh Ust. Abdullah Mat Dam Pengerusi Pasti Nurul Hidayah Kg, Lubuk Kawah

Penyampaian Anugerah Pelajar

Disempurnakan Oleh Cikgu Cikgu Syamri Bin Abdul Razak Pengerusi Pasti Kawasan Besut

Pelajar Tahun 2015

67 Orang Pelajar telah menamatkan Pengajian Tahun 2015

Penyampaian Cederamata Kepada Guru

Disempurnakan Oleh Cikgu Syamri Bin Abdul Razak Pengerusi Pasti Kawasan Besut

Sabtu, 5 Disember 2015

Pengambilan Tahun 2016 Kini Dibuka


Pengambilan Pelajar Sessi Pengajian 2016 kini dibuka, Keterangan Lanjut boleh berhubung ditalian

013- 9723811 - Pengerusi Pasti ( Ust. Abdullah Mat Dam )
014 - 2146427 - Guru Pasti ( Mariah Abdullah )
014 - 2146427 - Whatsaap
Email : pas529001@gmail.com

Atau datang sendiri di alamat

Sebelum Sekolah Dibuka - 17A Kg. Lubuk Kawah
                                              22000 Jerteh
                                              Terengganu

Selepas Sekolah Dibuka - Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah
                                            Belakang Markaz
                                            PAS Cawangan Lubuk Kawah
                                           22000 Jerteh
                                           Terengganu

Tempat adalah terhad, Keutamaan Kepada Siapa Dahulu Dia Dapat

Peta Lokasi



 Borang Pendaftaran Boleh Downdload DISINI

Rabu, 2 Disember 2015

Takwim Persekolahan 2016

Di bawah ini adalah kalendar persekolahan Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah bagi  tahun 2016 bagi membolehkan anda merancang percutian lebih awal. Terutamanya buat para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang akan belajar di Pasti ini pada tahun 2016 , dengan jadual takwim cuti sekolah ini diharap akan lebih memudahkan perancangan cuti masing-masing. Insyaalah.

Untuk makluman Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah akan mengguna pakai Takwim persekolahan Kementerian Pendidikan sepenuhnya.


Untuk cuti kelepasan Am bagi Negeri Terengganu boleh dapat Disini


Sabtu, 28 November 2015

Pengerusi Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah


Pengerusi Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah telah dianugerahkan Pengurus Pasti Terbaik bagi tahun 2015. Anugerah ini disampaikan sempena Majlis Hari Ikhtifal Pasti Kawasan Besut pada 14 November 2015 bertempat di Dewan Hj. Saleh Alor Lintah, Besut, Terengganu. Berikut sedikit biodata beliau.

Nama : Ust. Abdullah Bin Mat Dam
Jawatan : Pengerusi Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah
Tempoh Memegang Jawatan : 28 Tahun
Jawatan Dalam Parti : Ketua PAS Cawangan Lubuk Kawah dan AJK PAS Kawasan Besut

Beliau juga merupakan Mantan Pengerusi Majlis Tindakan Dun Hulu Besut dan Mantan Adun Hulu Besut.



Khamis, 26 November 2015

HARI IKHTIFAL SESSI 2015


Hari Ikhtifal bagi pelajar sessi 2015 telah diadakan pada 21 November 2015 di perkarangan Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah dan telah dirasmikan oleh En. Syamri Bin Abdul Razak merangkap Penyelaras Pasti Kawasan Besut.

Seramai 61 orang pelajar telah menerima sijil tamat Pra-sekolah yang disampaikan oleh Penyelaras Pasti Kawasan Besut. Pada majlis ini 4 orang pelajar telah dipilih untuk menerima anugerah khas iaitu

1. Anugerah Kebersihan Terbaik
2. Anugerah Simpanan Terbanyak
3. Anugerah Akhlak
4. Anugerah Pelajar Cemerlang

Muhammad Zikri Bin Md Razi telah dipilih sebagai pelajar cemerlang bagi sessi pengajian 2015 atas kecemerlangan dan sumbangan beliau kepada Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah. Muhammad Zikri Bin Md Razi merupakan Johan Tahfiz Peringkat Pasti Kawasan Besut dan akan mewakili Pasti Kawasan Besut ke pertandingan Tahfiz Peringkat Negeri Terengganu.

Sementara itu En. Syamri Bin Abdul Razak menyebut dalam ucapan beliau, Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah adalah antara Pasti cemerlang dalam Kawasan Besut yang mana sebelum ini telah menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Pasti Cemerlang, Anugerah Guru Cemerlanag dan lain-lain lagi. Pemain bola sepak wakil Pasti Kawasan Besut ramai terdiri dari pelajar Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk kawah, katanya.

Menurutnya lagi pada tahun ini Pengurus Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah Ust. Abdullah Bin Mat Dam telah dipilih Pengurus Pasti Terbaik Peringkat Pasti Kawasan Besut.



Pelajar Cemerlang Sessi 2015