Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988.
Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI
Pada 29-30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu "Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan "Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah" oleh Ustaz Harun Taib.
Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.
Logo
Logo
Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
Sejarah Penubuhan Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah
Atas usul yang dibawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Lubuk Kawah Tahun 1987, Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Lubuk Kawah Tahun 1988/1990 telah bersetuju untuk menubuhkan pendidikan Pra-sekolah bagi PAS Cawangan Lubuk Kawah.
Pada 1 Januari 1989 pendaftaran pelajar pertama telah dibuat dan dinamakan Putra Islam PAS Cawangan Lubuk Kawah yang beroperasi di bangunan lama PAS Cawangan Lubuk Kawah yang terletak diatas tanah Pak Su Awang.
Pada 1 Januari 1991 bertukar nama ke Taski PAS Cawangan Lubuk kawah dan mula beroperasi di Bangunan Baru PAS Cawangan Lubuk Kawah.
Pada 1 Januari 1992 bertukar nama ke Pasti PAS Cawangan Lubuk Kawah. Sambutan masyarakat kepada Pasti dari setahun ke setahun semakin meningkat akhirnya operasi Pasti di Markaz PAS Cawangan Lubuk Kawah sudah lagi tidak dapat menampong jumlah kemasukan pelajar. Pada tahun 1994 kerja-kerja pembinaan bangunan Pasti bermula dan siap sepenuhnya pada tahun 1995. Operasi Pasti dipindah ke bangunan baru pada 1 Januari 1995.
Penjenamaan semula dibuat kepada Pasti dengan mengambil kira faktor politik akhirnya bermula 1 Januari 1996 nama Pasti PAS Cawangan Lubuk Kawah ditukar ke Pasti Nurul Hidayah Kg. Lubuk Kawah.